Faktor utama pemilihan ikan keli diternak menggunakan kolam kanvas disebabkan oleh:
1) Tidak merosakkan tanah .
2) Tidak memerlukan kawasan yang luas untuk pembinaan kolam.
3) Senang untuk diuruskan dari segi pembinaan dan sistem kolam.
4) Pugutan hasil tuaian yang maksimum berbanding kolam tanah.
5) Mudah dikendalikan ketika proses menggred ikan , proses pungutan hasil dan proses rawatan ikan dan kolam.
6) Dapat menghasilkan ikan keli yang bersih dan suci dari segi permakanan dan kualiti air.
Bagi memperluaskan bidang perniagaan, pihak syarikat telah mengenalpasti beberapa peluang perniagaan baru yang boleh dimajukan untuk mempertingkat keupayaan dan keuntungan syarikat.
Berikut adalah senarai prospektus perniagaan di masa depan.
1) Pusat Pembenihan & Penetasan Ikan Air Tawar.
2) Pusat Pemprosesan Makanan Ikan.
3) Projek Usahasama Memajukan Tanah Terbiar & Khidmat Juruperunding Perikanan
4) Pusat Teknologi Penyelidikan Dan Pembangunan Perikanan.
5) Pusat Pengumpulan & Penjualan Hasil Ikan Air Tawar.
6) Penghasilan Produk Makanan Yang Berasaskan Ikan Air Tawar
7) Agro-Pelancongan
Laman Flora Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan ialah pihak pengurusan perniagaan ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk jangkamasa panjang.
Beberapa sesi penerangan serta lawatan juga telah dirangka bagi kawasan utara untuk meningkatkan dan memantapkan skop pasaran.Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi. Pihak pengurusan juga telah merangka untuk memperluaskan lagi skop perniagaan dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan memajukan lagi perniagaan utama.
Di antara skop tersebut adalah dengan menjadi perintis dan pemangkin ekonomi di sektor penternakan ikan air tawar di kawasan tanah terbiar.
Oleh yang demikian, pihak syarikat telah merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan produktiviti pengeluaran.
a) Pusat Pembenihan dan Pemprosesan Makanan Ikan.
Bagi memastikan kesinambungan dalam perniagaan utama, pihak pengurusan juga bercadang untuk membina pusat pembenihan dan pemprosesan makanan ikannya sendiri. Ini adalah kerana kos untuk benih dan makanan merupakan penyumbang terbesar didalam jumlah kos perbelanjaan .Benih ikan dan makanan merangkumi 50% daripada jumlah kos tersebut. Oleh yang demikian, pihak syarikat telah bercadang untuk mengeluarkan benih ikan dan makanan ikan sendiri untuk kegunaan syarikat dan pengusaha-pengusaha kecil kawasan setempat. Strategi ini dijangka akan dapat menambah pendapatan kasar syarikat sebanyak 30% sebulan.
b) Projek Usahasama Tanah Terbiar
Mencari dan mengusahakan Tanah Terbiar di kawasan sekitar secara usahasama dengan pemilik tanah. Dengan galakkan dan sokongan daripada pihak tertentu, projek yang berintensifkan modal ini dapat dimajukan dengan adanya perancangan dan komitmen yang tinggi dari kedua-dua belah pihak. Usaha ini dijangka dapat menjana 50% daripada pendapatan bersih hasil Projek Usahasama ini. Disamping mengurangkan jurang perbezaan terhadap keperluan ikan air tawar negara dan industri akuakultur amnya.
c) Pusat Pengumpulan Dan Penjualan Hasil Ikan Air Tawar
Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan pengusaha dalam industri akuakultur ini adalah kegagalan mendapatkan pasaran. Ini berlaku kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tradisioanal yang tak mampu untuk memasarkan hasil pengeluaran secara intensif.Oleh yang demikian, pihak pengurusan syarikat bercadang untuk menubuhkan pusat pengumpulan hasil serantau dimana, sesiapa sahaja yang ingin memasarkan hasil pengeluaran mereka bolehlah berbuat demikian.
Harga yang ditetapkan adalah berpatutan mengikut perkembangan harga pasaran semasa. Pihak syarikat akan mengumpul dan menjual semua jenis hasil ikan air tawar ini di pasaran terbuka secara borong. Secara tak langsung ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan logistik serta membantu golongan pengusaha kecil dan sederhana memasarkan hasil keluaran perikanan air tawar.
Wednesday, January 28, 2009
Ternakan Ikan Keli Kanvas
Pada Jan 2008 Laman Flora Enterprise telah memulakan projek penternakan ikan keli di dalam kanvas . Projek ini diusahakan diatas sebuah tanah terbiar seluas 1 ekar.Laman Flora Enterprise beroperasi sebagai pemangkin kegiatan ekonomi di sektor pertanian dan penternakan bagi kawasan luar bandar.
Tambahan pula lokasi perniagaan yang strategik dan dilengkapi dengan sistem dan teknologi moden dapat menjadi daya penggerak pembangunan ekonomi bagi kawasan luar bandar yang ketandusan pengetahuan tentang teknologi.Penggunaan teknologi ini telah meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan ikan keli sekaligus menambah kadar keuntungan yang diperolehi dari setiap kanvas. Ikan yang diternak juga mempunyai kadar tumbesaran yang baik dan tahan penyakit. Penggunaan kanvas sebagai kawasan ternakan juga banyak memberikan manfaat seperti pengurusan yang lebih mudah, penggunaan tanah yang minimum dan dapat mengurangkan kos.
Disamping membekalkan ikan keli kanvas yang bersih, suci dan halal, Laman Flora Enterprise juga merupakan pembekal peralatan ternakan keli kanvas, benih ikan keli , makanan ikan serta khidmat nasihat.
Untuk sebarang urusan boleh hubungi Laman Flora Enterprise di talian:
H/P: 012-4907405 ( Khairul)
017-4690081 ( Sani).
Subscribe to:
Comments (Atom)
